Berita

Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Yang Akan Diumumkan Esok!

Gempak
26/05/2024
06:55 MYT
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024.
Calon yang menduduki peperiksaan itu di sekolah boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 pada tahun 2024 ini.

KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024.
Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.

KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE

Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.
Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://www.myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6 petang 2 Jun 2024.

KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS

Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.

Semak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia

Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.
Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.
Berikut adalah langkah untuk membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda:
1. Semakan semula keputusan dibuka mulai 27 Mei hingga 26 Jun 2024 (30 hari)
2. Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau gunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
3. Klik pada permohonan semakan semula keputusan
4. Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
5. Selesai.
Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui : Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia Laman web rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/
Foto: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cikgu Fadli Salleh Harap Kes Zulfarhan Jadi Iktibar - “Jangan Lagi Nak Sorok Kes Semata-Mata Jaga Nama, Nyawa Lebih Penting!”

gempak
24/07/2024
09:50 MYT
Guru Matematik terkenal, Mohd Fadli Salleh berharap kes buli yang melibatkan Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi iktibar di negara ini.
Berita

Bapa Kejut Bangun 3 Pagi Setiap Hari Untuk Belajar, Pelajar STPM Ini Raih Keputusan Cemerlang

gempak
23/07/2024
18:55 MYT
Pengorbanan seorang bapa yang bekerja sebagai pemandu bas terbalas apabila anak kelimanya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang diumumkan pada Selasa.
Berita

Disangka Hilang, Budak 10 Tahun Rupanya Berjalan Ke Pusat Beli Belah

gempak
23/07/2024
09:53 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang pada mulanya disangka hilang dari sekolahnya, ditemui selamat dan berada di sebuah pusat beli-belah, di Johor Jaya.
Hiburan

Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"

gempak
20/07/2024
06:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengaku pernah melakukan prosedur pembedahan hidung sebanyak enam kali.
Berita

Guru Pusat Jagaan Direman Seminggu Kerana Pukul Kanak-Kanak Autisme

gempak
19/07/2024
10:30 MYT
Seorang guru lelaki di sebuah pusat jagaan kanak-kanak direman selama seminggu selepas didakwa menendang dan memukul kanak-kanak autisme berusia 6 tahun.