Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cardi B Bercerai Selepas Setahun Mendirikan Rumah Tangga

Asraf Aided
07/12/2018 14:30 MYT
Penyanyi rap popular Hollywood, Cardi B mengumumkan dia telah bercerai dengan suaminya Offset selepas setahun berkahwin.

Perkara itu dikongsi Cardi menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, namun ia telah dipadam tidak lama selepas itu.

Menurut sumber, Cardi menyatakan dia sudah tidak mempunyai keserasian bersama Offset walaupun dia masih menyayangi bekas suaminya itu.

“And it’s nobody fault, it’s just like we just grew out of love, but we’re not together anymore.

"I don’t know it might take time to get a divorce, and I’m going to always have a lot of love for him because he is my daughter’s father," kata Cardi.

Namun begitu, Cardi dan Offset masih belum mendedahkan punca sebenar kepada penceraian mereka yang telah menggemparkan persada hiburan antarabangsa itu.
#Cardi B #Offset
;