HIBURAN
Cardi B Disaman Sebab Baling Mikrofon Pada Peminat
Pada 29 Julai 2023, Cardi B telah mencetuskan kekecohan apabila melempar mikrofon terhadap seorang wanita sewaktu membuat persembahan di Drai Beachclub and Nightclub, Los Angeles.
Dua tahun berlalu, insiden tersebut telah memberi kesan besar terhadap penyanyi berusia 32 tahun tersebut.
Penyanyi Bodak Yellow itu telah disaman oleh mangsa yang dilempar mikrofon dengan dakwaan serangan fizikal dan kecuaian. Tuntutan tersebut dibuat beberapa hari sebelum had masa pertuduhan itu tamat, lapor Los Angeles Times.
Menerusi dokumen yang difailkan, mangsa mendakwa mengalami trauma fizikal selepas Cardi B meminta penonton menyiram air ke arahnya.
Namun selepas disram oleh mangsa yang mahu dikenali sebagai Jane Doe, penyanyi itu berang dan membaling mikrofon terhadapnya.
Mikrofon tersebut kemudian mengenai anggota badan Doe dengan Cardi B didakwa menjerit kepadanya: “Saya minta tuang air di bahagian lain bukan pada wajah saya!”
Meskipun insiden tersebut pernah dilaporkan, rapper itu tidak pernah dikenakan tindakan oleh pihak polis.
Malah mikrofon tersebut telah dilelong dikenakan eBay dan terjual pada harga RM419,000 yang disifatkan Doe sebagai telah menambah beban emosi terhadapnya.