Rapper popular Amerika Syarikat, Cardi B dengan kerjasama jenama Fashion Nova akan menderma sebanyak 1 Juta USD (melebihi RM 4 juta).

Memetik laporan Forbes, bantuan yang telah diagihkan sehingga 20 May itu bertujuan untuk meringankan beban golongan yang menghadapi masalah kewangan ketika krisis COVID-19.

"Ramai yang mempunyai kesusahan membayar sewa, membeli makanan, bekalan ubat dan keperluan lain untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

"Kami sangat mengambil berat tentang nasib yang dialami mereka ketika pandemik COVID-19 ini," kata pengasas dan CEO Fashion Nova, Richard Saghian dalam sebuah kenyataan.

Difahamkan, jenama itu telah bekerjasama dengan Cardi B dalam mempromosikan koleksi pakaian mereka sebelum ini.

Perkara itu memudahkan kerjasama dua pihak dalam usaha memberi bantuan kepada masyarakat ketika detik sukar ini.

"Ketika ini, semua orang terkesan dari pandemik COVID-19 ini," kata Cardi B ringkas.

Untuk perkembangan COVID-19 di Malaysia, jumlah kes telah mencecah 4228 setakat jam 5 petang semalam (9 April 2020).

1608 dari jumlah itu telahpun sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital.

Sementara jumlah kematian pula telah mencatat jumlah sebanyak 67 dengan dua kematian terbaru semalam.

Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada petugas kesihatan dan semua yang berada di barisan hadapan atas usaha dan jasa mereka kepada negara ketika ini!

Sumber : Forbes & Instagram KKM