Penyanyi popular Hollywood, Cardi B mencetuskan kontroversi apabila menulis kenyataan pelik di akaun Twitternya beberapa hari lalu.

Cardi menulis ayat seolah-olah dia mahu mati dan ia telah membuat suaminya, Offset berasa risau tentang keselamatan dirinya.

“Wish I was dead,” tulisnya ringkas.

Memetik laporan HollywoodLife, Offset sangat bimbang tentang keadaan Cardi dan terus menghubungi isterinya itu selepas membaca tweet tersebut.

“Cardi dan Offset sedang merindui antara satu sama lain kerana mereka kini berjauhan, mungkin itu menjadi punca untuk Cardi menulis kenyataan sebegitu.

“Namun begitu, mereka kerap berhubung menerusi ‘FaceTime’ setiap hari.

“Offset juga tidak suka berjauhan dengan Cardi serta anak mereka, Kulture, namun pasangan ini harus berbuat demikian untuk memenuhi jadual persembahan,” tulis sumber.

Cardi dan Offset mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 manakala Kulture dilahirkan pada sekitar bulan Julai tahun lalu.

Dalam dunia hiburan, Cardi mula aktif bergiat di persada Hollywood pada tahun 2015 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Sumber : HollywoodLife