Cardi B & Offset Timang Cahaya Mata Kedua

Asraf Aided
September 7, 2021 11:10 MYT
Rapper wanita popular, Cardi B dan suaminya Offset mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Menerusi pengumuman di Instagram, Cardi B memaklumkan anak lelakinya itu dilahirkan pada 4 September lalu.
Dalam entri sama, penyanyi yang popular dengan lagu 'WAP' itu berkongsi foto mendukung bayinya di sebelah Offset.
"9/4/2021," tulisnya sebagai kapsyen diikuti tiga emoji.
Perkongsian itu semestinya dihujani ucapan tahniah dan komen-komen positif daripada pengikut dan peminat Cardi B.
Terdahulu, Cardi B atau nama sebenarnya Balcalis Almanzar, 28, berkahwin dengan Offset, 29, pada tahun 2017.
Mereka memiliki cahaya mata perempuan sebelum ini iaitu, Kulture.
Dalam pada itu, Cardi B juga memiliki tiga anak tiri, hasil daripada perkahwinan Offset atau nama sebenarnya Kiari Cephus sebelum ini.
#rapper #Cardi B #Offset #Anak Kedua