Cardi B Sahkan Diri Hamil Anak Pertama

Rozaimi Zubaidi
April 10, 2018 02:53 MYT
Penyanyi Rap popular, Cardi B mengesahkan bahawa kini sedang hamil anak pertama selepas beberapa kali menyangkal berita itu kepada media.
Menurut laporan E! Online, Cardi B telah membuat pengumuman itu kepada umum ketika mengadakan persembahan pada Sabtu lalu.
Mengenakan gaun ketat berwarna putih, Cardi B tidak mampu lagi menyorok perutnya yang kini semakin membesar.
Penyanyi itu menjadi tumpuan ketika menyanyikan single terbaharunya, Be Careful di sebuah program Saturday Night Live.
Menurut Cardi B ini merupakan anak hasil hubungannya dengan penyanyi rap, Offset daripada kumpulan Migos.
Cardi B dan Offset melangsungkan petunangan pada Oktober tahun lalu selepas dia dilamar di atas pentas.
Sumber: E! Online
#Penyanyi Rap #Penyanyi Rap #Cardi B