Ibu kepada penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid, Salameh Abu Bakar enggan anaknya terburu-buru untuk berkahwin ketika usia masih muda.
Kata Salameh, 56, dia mahu anaknya melaksanakan tugasnya kepada majikan dan negara terlebih dahulu.
"Seboleh-bolehnya mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu.
"Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu," katanya kepada Harian Metro.
Dia yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Chatak, Dungun berkata, dia mengetahui Safawi mempunyai hubungan dengan Syifa Melvin sejak lapan bulan lalu.
"Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.
"Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.
"Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini," katanya.
Salemeh berkata, anak baru berusia 23 tahun dan belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga.
Katanya, dia juga mahu Safawi lebih matang sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
"Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya.
"Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.
Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.
"Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.
"Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya.
Sementara itu, bapa Safawi, Rasid Sulong, 66, berkata, dia sedar prestasi anaknya sedikit merosot kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya.
Katanya, jika benar, dia berharap Syifa tidak memberi sebarang tekanan kepada anaknya itu.
Pada masa sama, dia meminta Safawi fokus dalam kerjaya dengan menaikkan nama majikan iaitu JDT dan negara.
"Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.
"Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.
"Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu," katanya.
Sumber: Harian Metro
Amri Hassan
Fri Mar 06 2020
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ