Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cari Tempat Intern, Pelajar Ini E-mel Minta Gaji RM3,000 Ke Atas

Izwan Isa
17/11/2023 08:55 MYT
Isu gaji yang melibatkan pekerja dan majikan mungkin merupakan satu isu yang tidak pernah ada noktahnya.

Tidak kira di Malaysia mahupun luar negara, kebanyakan individu pasti memilih syarikat yang mampu menawarkan gaji yang lebih selain manfaat-manfaat istimewa lain.

Terbaharu, menerusi perkongsian satu akaun Facebook, seorang pelajar yang sedang mencari tempat untuk menjalani latihan industri mencetuskan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen apabila meminta gaji bulanan sebanyak RM3,000 ke atas.



Selain itu, menerusi perkongsian yang sama, pelajar tersebut turut berharap agar syarikat dapat disediakan insentif untuk pengangkutan, elaun makan, kemudahan bilik dan juga bonus.

“Please jangan… but wish you all the best,” ujar pengurus akaun Facebook syarikat berkenaan.

Berikut merupakan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen:



Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menerima elaun perantisan minimum sebanyak RM800 sebulan.

BERITA TRENDING: "Intern Bukan Pekerja..."- Anwar Ibrahim Anggap Tak Munasabah Tiada Elaun

Menurut Anwar, secara tradisinya pelatih industri tidak diberikan bayaran, namun elaun itu penting terutama bagi mereka yang datang daripada keluarga tidak berkemampuan.

#Intern #RM3k