Laman Utama

“Carilah Jalan Keluar Sebelum…” - Ini Pesanan Sahabat Baik Buat Ustaz Ebit Lew!

gempak
Hanafis Haris
04/10/2021
00:45 MYT
Sponsor Banner
“Carilah Jalan Keluar Sebelum…” - Ini Pesanan Sahabat Baik Buat Ustaz Ebit Lew!

Pendakwah wanita serta sahabat kepada Ustaz Ebit Lew iaitu Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria tampil memberi pandangan terhadap isu ‘panas’ yang sedang menimpa rakan baiknya itu.

Menerusi satu posting di Facebook, Ustazah Laila sedikit sebanyak menitipkan pesanan buat Ebit Lew dan seluruh rakyat Malaysia.

“Bismillahirahmanirahim, hari ini saya titipkan pesanan menjawab segala persoalan yang bertubi-tubi kepada saya berkenaan Ustaz Ebit Lew.

“Bagi mereka yang telah lama tahu saya adalah sahabat baik beliau serta ada artikel saya yang berkali-kali viral sebelum ini berkaitan kebaikan Ebit Lew.

“Bacalah dengan lapang dada semata-mata kerana Allah,” katanya.

Menurut Ustazah Laila, dia mendoakan supaya Allah mengeluarkan segala kesulitan sekiranya apa yang diperkatakan orang ramai adalah benar.

“Buat sahabat baikku Ustaz Ebit Lew, seandainya benar apa yang diperkatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkanmu daripada segala kesulitan hidupmu dan kesakitan yang kau tanggung sehingga kau melakukan kerosakan sebegini besar.

“Ketahuilah bahawa ia kerosakan yang besar.

“Semoga Allah mengampunkan kamu dan mengampunkan diriku dan semua rakyat Malaysia.

“Sesungguhnya pada bahumu tergalas begitu banyak harapan manusia dan amanah yang perlu dipikul.

“Pasti ada ubat dan penawar. Ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat. Terlalu ramai ingin menolongmu, sangat ramai,” katanya.

Jelasnya, setiap ‘tipu daya’ tidak boleh ditutup dengan ‘tipu daya’.

“Ia menghancurkan banyak hati dan menghancurkan seluruh hidupmu sahabat.

“Seandainya ia merupakan fitnah ke atas mu, semoga Allah memberi ganjaran dengan sebanyak kebaikan yang tak terhitung,” katanya.

Tambahnya, dia bercakap atas kapasiti seorang sahabat baik yang tahu akar umbinya.

“Buat yang tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong dan tidak mengeji.

“Boleh jadi tuan puan menyokong walhal tuan puan sedang menyokong kemungkaran yang tersembunyi,” katanya.

Menerusi posting itu juga, Ustazah Laila meminta kita sama-sama berusaha menyelamatkan diri kita sendiri dan semua saudara satu agama dengan kata-kata yang adil serta doa-doa yang baik.

Pendakwah itu juga berharap agar kita semua diampunkan oleh Allah S.W.T diatas segala yang diluar jangkaan kita terutamanya dalam berkata-kata.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

(EMBED)

Terdahulu, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew dipanggil buat kali pertama ke Bukit Aman untuk dirakam percakapannya pada 19 Ogos lalu berhubung siasatan dakwaan gangguan seksual.

Ebit Lew kemudian dipanggil sekali lagi ke Bukit Aman, Jumaat lalu untuk diambil keterangan berhubung siasatan sama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mengesahkan telah memanggil semula pendakwah itu bersama isterinya ke Bukit Aman.

Difahamkan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan polis.

BACA: Ebit Lew Dan Isteri Sekali Lagi Dipanggil Polis, Bantu Siasatan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live