HIBURAN

Carman Lee Disyaki Guna Pasport Curi Gara-Gara Wajah Terlalu Muda

Maliah Surip 21/08/2025 | 12:55 MYT
Aktres terkenal Hong Kong, Carman Lee mendedahkan pernah ditahan pihak imigresen di lapangan terbang Thailand kerana disyaki menggunakan pasport tipu.

Insiden tersebut berlaku kerana pegawai yang bertugas mendakwa wajah dan diriny kelihatan jauh lebih muda daripada foto di dalam pasport, lapor ETToday.

“Saya disoal siasat ‘adakah ini pasport anda? Atau anda mencurinya? Penampilan anda tidak sama, anda kelihatan muda,” kenang Lee.

Pendedahan itu membuatkan pengguna media sosial meneka usia Lee. Ramai yang menyangka wanita itu berusia sekitar 35 sehingga 40 tahun.

Ironi Lee kini berusia 59 tahun.

Bercakap mengenai usia dan penampilan yang berubah, Lee mengaku pernah bimbang sewaktu berusia sekitar 30 tahun. Namun persepsinya berubah selepas usia 50.

“Kini pada usia 59 tahun saya memahami kehidupan dengan lebih baik dan lebih tenang. Saya harap pada usia 70, 80 atau 90 saya masih boleh kekal sihat dan melakukan rutin senaman di gym,” katanya.

Penampilan sihat dan wajah mudanya banyak dipengaruhi oleh gaya hidup termasuk diet dan melakukan senaman.

Lee pertama kali mencuri perhatian peminat sejak masuk ke dunia seni pada tahun 90-an. Bekas pramugari itu terkenal menerusi lakonan termasuk dari karya The Condor Heroes 95, Burning Paradise dan Never Dance Alone.
#Muda #Wajah #Pasport #Carmen Lee