Pelakon kanak-kanak. Cassia Iman mengakui berasa seronok apabila berpeluang memegang watak sebagai adik kepada penyanyi Asad Motawh dalam filem Mulut Masin.

Bahkan, menurut Cassia, 6, Asad juga seorang yang pandai dalam mewujudkan keserasian bersama sepanjang penggambaran berlangsung.

"Saya sangat selesa berada di sisi Abang Roy (watak Asad) kerana pandai tackle saya. Jadi, perjalanan penggambaran nampak lebih selesa dan nampak kasih sayang secara semula jadi.

"Di set pun , saya memang 'melekat; dengan Abang Roy. Pergi makan pun dengan Asad sampai tinggal ibu di set," katanya kepada Gempak.

BACA: Cassia Iman Buat Aksi Stunt Sendiri, Terhantuk Ketika Kena Panjat Perigi Dalam Filem Mulut Masin

Kata Cassia lagi, selain Asad, dia juga menimba pengalaman baharu apabila dapat digandingkan dengan tiga pelakon kanak-kanak lain sebagai teraju utama iaitu, Jay Nazif, Danish Hazriq dan Muzayyin Mahyuddin.

BACA: Berbakat Sungguh Budak Ni! Jom Kenali 4 Pelakon Kanak-Kanak Dalam Filem Mulut Masin

Mulut Masin menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat nenknya.

Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton nakshah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.