Berita

Cassia Iman Buat Aksi Stunt Sendiri, Terhantuk Ketika Kena Panjat Perigi Dalam Filem Mulut Masin

ZULHILMI JALIL
29/11/2020
13:35 MYT
Pelakon kanak-kanak, Cassia Iman mengakui berdepan cabaran tersendiri ketika menjayakan wataknya sebagai Ayu dalam filem Mulut Masin.
Menurut Cassia atau nama sebenarnya Cassia Nur Iman Mohamad Fazil, 6, dalam naskhah tersebut, dia perlu melakukan beberapa aksi lasak termasuklah adegan memanjat perigi buta.
"Paling mencabar apabila terdapat satu aksi stunt yang mana saya perlu memanjat perigi sendiri.
"Sampaikan saya terhantuk di dinding perigi itu. Bayangkan kejadian tersebut berlaku pada pukul 4 pagi," katanya kepada Gempak.
Begitupun, menurut Ayu, dia menganggap itu semua sebagai satu pengalaman baharu buatnya.
"Saya seorang yang banyak bercakap, tapi dalam filem ini saya lebih kepada menggunakan ekspresi sahaja. Apabila mulut terkunci ekspresi nak disampaikan memang mencabar," katanya.
Cassia merupakan antara empat pelakon kanak-kanak yang diangkat sebagai pelakon utama dalam filem Mulut Masin.
BACA: Berbakat Sungguh Budak Ni! Jom Kenali 4 Pelakon Kanak-Kanak Dalam Filem Mulut Masin
Naskhah arahan Razaisyam Rashid itu turut menampilkan pelakon, Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Farahdhiya, Aloy Paradoks, Khatijah Tan, As'ad Motawh dan ramai lagi.
BACA: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Mulut Masin
Mulut Masin menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat nenknya.
BACA: "Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas" - Penonton Puji Filem Mulut Masin Best!
Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton nakshah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.