Penyanyi popular YouTube Austrialia yang dikenali di Malaysia, Cassidy Anderson akui ada menanam impian untuk menceburi bidang lakonan.

Menurut Cassidy kepada HLive dia teringin untuk menembusi industri filem Malaysia suatu hari nanti.

“Selepas menyanyi, saya berharap saya boleh diterima di Malaysia untuk industri perfileman pula.

“Saya teringin hendak berlakon kerana sebelum ini saya pernah diberi peluang untuk berlakon di Malaysia tapi hanya babak kecil sahaja,” katanya.

Jika diberi peluang, Cassidy memberitahu dia impikan watak wanita garang.

“Jika diberi peluang saya mahu memegang watak wanita garang kerana saya sendiri tidak garang.

“Jadi mungkin dalam filem saya boleh bawakan watak yang berbeza,”katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).