Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi gelagat anaknya Mohammad Raizal Azrai yang menjadi peminat sukan Olimpik edisi Tokyo 2020.

Menurut Zarina, anaknya Azal akan mencatat nama-nama atlet yang berjaya merangkul pingat pada temasya sukan bertaraf dunia itu.

“Azal siap catit kan nama pemenang Olimpik,” tulis Zarina di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video berdurasi 29 saat itu, Zarina spontan menyoal Azal siapakah atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat.

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)


Azal kemudian terus merujuk pada catatannya dan menjawab pertanyaan ibunya dengan lancar.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji semangat Azal dan menyifatkan anak istimewa itu sebagai bijaksana.

Bijaknya Azal! Bila tengok gelagat Azal, teringat anak murid saya darjah 3 yang istimewa juga. Jenis suka baca buku, pegang buku,” tulis seorang wargamaya.

“Good job abang Azal, proud of you,” puji seorang wargamaya.

Terbaik Azal, acik pun tak buat macam tu,” kata seorang wargamaya.

Masyallah anak syurga ni, cerdik dan menghiburkan,” ujar seorang wargamaya.

Uii dasyat Azal, betul-betul ikut perkembangan semasa. Kipidap Azal,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehinga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 110,000 tontonan daripada pengikutnya.