Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mencatat sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah berprestij di Asian Academy Creative Awards 2021, Jumaat lalu.

Menerusi acara yang berlangsung secara virtual di Singapura itu, GV7 dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia.

Difahamkan, acara berkenaan berlangsung selama dua hari dan sebanyak 38 hadiah telah disampaikan membabitkan pengkarya televisyen dan kandungan striming di Asia.

(PIC)

Sekadar info, GV7 membariskan 14 peserta berbanding 12 peserta dalam musim terdahulu.

Mereka adalah Mus MAY, Yantzen, Cliff Umar, Aju, Oja, Nomad, Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira, Haslinda serta dua kumpulan iaitu Eva dan Indigo.

GV7 masih mengekalkan format pemarkahan yang diadili 100 peratus juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim.

Ia juga masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

GV7 bersiaran selama lapan minggu bermula 11 Oktober 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad jam 9 malam.