Filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBM2) mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila tercalon dalam anugerah berprestij iaitu New York Animation Film Awards 2020 (NYAFA).

Perkara itu diumumkan menerusi satu posting terbaru Monsta Official di Instagram rasmi mereka hari ini.

"Tahniah BBM2 telah tercalon untuk Animasi 3D Terbaik di New York," kata pengendali akaun tersebut.

Posting berkenaan kemudian 'dihujani' dengan ucapan tahniah peminat animasi tersebut.

Kebanyakan mereka kagum dengan pencapaian yang tidak putus-putus diraih pihak Monsta dan BoBoiBoy.

Tahniah!? BoBoiBoy Movie 2 telah tercalon untuk anugerah BEST ANIMATION 3D FILM di New York❗⚡ - - - Congratulations!? BoBoiBoy Movie has been selected as one of the finalist in New York Animation Film Awards 2020❗⚡ . . #BoBoiBoy #BoBoiBoyMovie2 #Awards #Monsta2020 || http://nyafa.com/#about

A post shared by Monsta (@monsta.official) on

Untuk rekod, NYAFA adalah festival filem yang ditubuh dan dikendalikan oleh 'Cinematography Awards Foundation'.

NYAFA bertujuan untuk menonjolkan karya animasi terbaik seluruh dunia.

Diahamkan anugerah berkenaan akan berlangsung secara 'live screenings' pada 1 Julai 2020.