Cayalah! Dah Masuk 3 Minggu Tayangan, BoBoiBoy Movie 2 Masih No.1 Pilihan Penonton!

Hanafis Haris
Ogos 26, 2019 03:01 MYT
BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) kekal sebagai filem pilihan penonton di Malaysia apabila masih berada di kedudukan pertama Top 10 Movies @ GSC biarpun telah memasuki tayangan minggu ketiga.
Meskipun diasak dengan kehadiran filem terbaru Hollywood seperti Angle Has Fallen dan Ready Or Not, BBBM2 masih tidak berganjak dari kedudukan pertama.
Malah, berdasarkan tinjauan Gempak pada aplikasi TGV, rata-rata masa tayangan filem BBBM2 laris bak goreng pisang panas!
Antara yang hampir 'sold out' termasuklah TGV cawangan Bukit Raja, Central i-City, Rawang dan banyak lagi.
Filem BBBM2 kali ini berkisarkan kewujudan makhluk bernama Retak'ka yang mendakwa dia adalah pengguna asal kuasa elemental kepunyaan BoBoiBoy.
Enggan mengaku kalah, Retak'ka membuat keputusan untuk memburu BoBoiBoy.
Bagaimana BoBoiBoy berdepan dengan Retak'ka? Anda kenalah tonton sendiri dan dapatkan tiket sekarang!
BACA: Wow! 11 Hari Tayangan, BoBoiBoy Movie 2 Raih RM21 Juta!
BACA: Power Weh! BoBoiBoy Movie 2 Dah Dapat RM15.8 juta Lepas 8 Hari Tayangan!
BACA: Rekaan Wau Bulan, Gasing & Congkak Dalam BoBoiBoy Movie 2? Mesti Ramai Tak Tahu Ni!
#BoBoiBoy #GSC #BBBM2