Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Cayalah! Malaysia Catat Kadar Kesembuhan  COVID-19 Tertinggi Di Asia Iaitu Sebanyak...

Hanafis Haris 20/04/2020 | 06:24 MYT
Kes COVID-19 di Malaysia telah menunjukkan perkembangan positif apabila hampir 60 peratus kes telah disahkan sembuh sepenuhya.
Jumlah ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kadar kesembuhan tertinggi di Asia.
Perkara itu didedahkan menerusi satu posting di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya malam semalam.
"Statistik terbaru menunjukkan lebih 2.3 juta dijangkiti virus COVID-19 dan 31% berlaku di Amerika Syarikat.
"Turki, negara paling terjejas di Timur Tengah.
"Di Asia, kadar kesembuhan di Malaysia adalah tertinggi iaitu sebanyak hampir 60 peratus dan kematian tertinggi di Indonesia iaitu sebanyak 535," katanya.
Untuk rekod, hingga kini Amerika Syarikat masih di kedudukan pertama iaitu 734,55 kes dengan jumlah 37,835 kematian.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #COVID 19 #PKP
;