Filem Syif Malam Raya (SMR) lakonan bintang YouTube Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey menlakarkan momen manis apabila mengutip RM3 juta dalam tempoh 10 hari tayangan di Astro First.

Lebih istimewa lagi Syif Malam Raya merupakan filem pertama lakonan Syahmi, Asif dan Yoe.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram rasmi Astro Shaw dan Astro First hari ini.

RM 3 JUTA DALAM MASA 10 HARI TAYANGAN!! Terima kasih kepada semua yang menyokong dan menonton Syif Malam Raya. Syif Malam Raya kini di Pawagam Rumah Anda, Astro First! . Check in bersama seisi keluarga anda dengan filem pecah perut pada musim raya ini SYIF MALAM RAYA. Sebuah filem komedi horror yang pasti mengeratkan anda sekeluarga. Syif Malam Raya dibawakan oleh Astro Shaw, kini di Astro First saluran 480, Di pawagam Rumah Anda. . @akueatu @reenrahim @yoe_parey @sharif_zero @syaiful_zero @ropie_sryn_ @asifsuhaimi02 @syahmisazli @saifulapek @azleesenario @danialzain1 @sheilahassan @emeldarosemila @nadia.brian @lia_natalia @anissafaizul . #SyifMalamRaya #SMR #RayaTetapOnz #DiaAdaDimanaMana #IndahkanSenyuman #EratkanJalinan #RayaOnline #AstroFirst #dipawagamrumahanda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Tidak dinafikan sejak ditayangkan 21 Mei lalu, Syif Malam Raya mendapat respon yang baik dari peminat filem tempatan.

Bahkan ada juga diantara peminat filem yang menonton sehingga berulang kali bersama keluarga tersayang.

Selain Syahmi, Asif dan Yoe, SMR turut menampilkan juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, serta pelakon Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia dan Shiela Mambo.


Di samping SMR, filem Manap Karaoke masih ligat ditayangan di platform yang sama. Turut menanti tayangan dua buah filem Ada Apa Dengan Dosa dan Town Mall.

Jadi kepada yang belum menonton, jangan lupa untuk sewa filem SMR yang buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda di Astro First (saluran 480).

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Kisah SMR bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.

Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.