Ceddy Ang Beri Penjelasan Tentang Maksud Bak Kuh Teh - "Perkataan Bak Adalah ..."
Ainun
31/10/2024 05:55 MYT
31/10/2024 05:55 MYT
Pempengaruh, Ceddy Ang menjelaskan maksud sebenar perkataan Bak Kuh Teh kepada netizen yang menyalahanggap sebagai daging khinzir.
Menerusi video yang berdurasi satu minit tersebut, Ceddy menegaskan bahawa perkataan 'bak' itu adalah daging dalam bahasa Hokkien.
“Haritu saya ada terbaca satu komen ni dimana ada seorang kakak ini berkata mana boleh guna Halal Bak Kuh Teh? Bak itu kan babi. Mana boleh halalkan babi gunalah Halal Kuh Teh.
Menerusi video yang berdurasi satu minit tersebut, Ceddy menegaskan bahawa perkataan 'bak' itu adalah daging dalam bahasa Hokkien.
“Haritu saya ada terbaca satu komen ni dimana ada seorang kakak ini berkata mana boleh guna Halal Bak Kuh Teh? Bak itu kan babi. Mana boleh halalkan babi gunalah Halal Kuh Teh.
“Yakin je kak tapi sebenarnya salah. Sebab, dalam bahasa Hokkien, perkataan Bak itu sebenarnya adalah daging.
“Ia adalah perkataan yang awam. Jadi, dia boleh jadi banyak perkataan. Contohnya, perkataan Tu Bak iaitu, daging babi, Hu bak adalah ikan, Kei Bak adalah ayam dan Gu Bak adalah lembu.
“Jadi, kalau kita buang perkataan Bak, dia akan jadi Kuh Teh dan perkataan itu bermaksud tulang dan teh,” katanya menerusi video yang dikongsi di Instagram.
Pemilik Restoran
Jelas pempengaruh itu lagi, dia memahami kenapa pemilik restoran cina muslim enggan menggunakan perkataan Bak Kuh Teh itu sendiri kerana takut ia diperbesarkan.
“Kenapa ianya dipanggil sebagai Bak Kuh Teh? Sebab selalunya restoran akan menghidangkan daging dan air teh itu sahaja.
“Saya faham je kenapa pemilik restoran tak nak guna perkataan Bak Kuh Teh sebab takut isu yang macam inilah. Sekarang, anda semua sudah tahu maksud Bak kan?,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kerana berkongsi ilmu mengenai penggunaan bahasa Hokkien kepada orang ramai.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 115,000 ribu tontonan dan 6,184 butang suka .