Anggota kumpulan Lovelyz, Jung Yein berkemungkinan tidak dapat mengambil bahagian untuk mempromosikan album baharu kumpulan itu.

Menurut laporan All Kpop, Jung Yein telah mengalami kecederaan di bahagian buku lali semasa menjalani latihan untuk mengadakan persembahan kemunculan semula kumpulan berkenaan.

"Jung Yein kini masih berada di hospital dan memerlukan rehat yang cukup sebelum melakukan latihan semula.

"Dia berkemungkinan tidak akan dapat mengambil bahagian dalam promosi album penuh Lovelyz yang akan diadakan dalam masa terdekat," kata pihak pengurusan Woollim Entertainment.

Lovelyz dijadual mengadakan kemunculan semula mereka pada 27 Februari ini dengan album kedua berjudul R U READY?.