Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cedera Tulang Belakang, Kim Byung Man Sah Berehat Daripada Law Of The Jungle

Mya Amri
09/08/2017 09:00 MYT
Hos program survival popular Law of The Jungle, Kim Byung Man disahkan akan berehat daripada rancangan tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh sumber Syarikat Penyiaran Seoul Broadcasting System (SBS) baru-baru ini.

Menurut sumber, Byung Man telah bertemu pihak produksi dan berbincang mengenai perkara tersebut.

Hasil daripada perbincangan itu, Byung Man memutuskan untuk tidak menyertai musim terbaru Law of The Jungle disebabkan kecederaan tulang belakang yang dialaminya.

Dalam pada itu, portal Soompi melaporkan, walaupub Byung Man kini sudah mampu berjalan tanpa bantuan namun pihak produksi lebih mengutamakan kesihatannya berbanding perkara lain.

Setakat ini pihak produksi mengesahkan hanya Choo Sung Hoon, Ryu Dam, Noh Woo Jin, Lee Tae Gon, Oh Jong Hyuk dan Jinwoon (2AM) bersama anggota tetap Law of The Jungle, Kangnam yang akan menyertai musim terbaru program tersebut.

BACA: KIM BYUNG MAN KEMALANGAN KETIKA SESI LATIHAN TERJUNAN UDARA, ALAMI KECEDERAAN TULANG BELAKANG
#Artis Korea #Kim Byung Man #Law of The Jungle
;