Cef Jamie Oliver Masak Ikan Bakar Versi Malaysia, Netizen Approved! - “Patut Letak Belacan Untuk Extra Kick!”
Azwa Rahman
22/01/2021 05:35 MYT
22/01/2021 05:35 MYT
Cef selebriti berasal dari British Jamie Oliver berkongsi menu kegemaran rakyat Malaysia isitu ikan bakar dalam program masakannya Jamie And Jimmy’s Friday Night Feast.
Menerusi laman sosial Instagram, Jamie berkongsi sedutan program masakan yang disiarkan di saluran 4 Britain itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya Malaysia.
“Malaysian-style whole fish! Saya ada resipi seekor ikan Siakap dalam program #FridayNightFeast. Dihidangkan bersama nasi beras jasmin, salad pelbagai warna dan jeruk cili oh yes! Percayalah, anda tak mahu terlepas menonton episod ini,” tulisnya sebagai kapsyen video.
Menerusi video sedutan berdurasi kurang dua minit itu, Jamie menggunakan bahan-bahan asas yang sering digunakan dalam resipi ikan bakar iaitu serai, daun limau purut, kacang tanah, cili merah, air limau lalu ditumbuk menggunakan lesung batu untuk dijadikan pes enak.
Lebih menambah aroma, cef yang mula dikenali menerusi rancangan The Naked Chef ini menggunakan daun pisang sebagai alas untuk memanggang dan membalut ikannya sehingga masak.
Apabila hidangan siap, dia turut menggunakan tangan untuk merasa sendiri keenakan ikan bakar versi Malaysia.
“Selalunya saya akan menggunakan pisau dan garpu tetapi tidak. Hari ini saya akan menggunakan tangan saya yang bersih ni.
“Mak saya anak bunuh saya kerana guna tangan tapi saya tak peduli. Sedap!” ujar Jamie sewaktu mencuba resipi tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya Malaysia memuji kehandalan cef tersebut dalam cubaannya memasak ikan bakar.
Ramai juga wargamaya yang teruja melihat mat saleh tersebut menikmati makanan kegemaran rakyat Malaysia itu menggunakan tangannya.
“Awak patut tambah belacan untuk extra kick tapi tak mengapa, makan dengan tangan sudah cukup bermakna,” kata seorang wargamaya.
“Approved! Greeting dari Malaysia. Sebagai alternatif, awak boleh gantikan daun limau purut dengan daun laksa atau asam jawa. Sedap dan wangi!” cadang seorang wargamaya.
“Makan dengan tangan tu paling ummphhh! Bangga melihat awak memasak masakan Malaysia,” puji seorang wargamaya.
“Gembira melihat dia makan dengan cara rakyat Malaysia,” tulis seorang wargamaya.
“Rakyat Malaysia di sini, saya terliur melihat masakan awak. Nampak sedap!” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 1 juta tontonan daripada wargamaya seluruh dunia.