Laman Utama
Cef Nik Kongsi 5 Tips Legit & Berguna Untuk Memulakan Perniagaan Makanan… No. 4 Paling Penting!
Sejak akhir-akhir ini, ramai dalam kalangan kita yang ingin mencuba nasib dalam bidang perniagaan, khususnya kulinari.
Begitupun, tidak ramai yang tahu atau sedang tentang hal-hal yang perlu diberi perhatian apabila ingin memulakan perniagaan.
Cef Selebriti, Cef Nik berkata, ada beberapa hal yang perlu diberi perhatian jika mahu memulakan perniagaan dan memastikan usaha tersebut berbaloi.
From scratch
Buat sesuatu dari awal atau from scratch untuk lebih kawalan ke atas produk anda dan untuk meningkatkan margin keuntungan.
Ikut trend
Sentiasa ikut trend makanan (di media sosial paling mudah) terutamanya mengenai jenis makanan yang anda jual. Hal ini bagus untuk promosi dan idea-idea bermusim baharu.
Pantauan pada makanan
Sentiasa memantau prosedur operasi standard anda. Sentiasa ada penambahbaikan kecil yang boleh dibuat untuk meningkatkan kualiti, mengoptimumkan proses dan juga untuk meningkatkan kebersihan.
Bahan premium
Jangan takut untuk beralih kepada bahan premium sambil meningkatkan harga jualan. Pelanggan biasanya akan menghargai makanan dan rasa yang berkualiti.
Simple is better
Ramai pemilik perniagaan secara berterusan ingin mengembangkan menu mereka, tetapi mereka yang berjaya biasanya ingin memudahkan menu mereka. Menjual satu perkara yang hebat adalah lebih baik daripada 10 perkara yang biasa-biasa saja.
Dalam perkembangan lain, Cef Nik kini terlibat dengan program realiti bertemakan kulinari iaitu Gerai Gerek.
Menerusi program ini, Cef Nik bersama Fouziah Gous dan Rafidah Othman menjalankan makeover gerai makanan dan menambah baik rutin perniagaan serta makanan individu yang terlibat.
Gerai Gerek kini boleh distrim di platform sooka.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video