Laman Utama

Cef Wan Kecewa Sikap Jiran – “Siput-Siput Babi Dalam Semak, Ni Belum Masuk Ular, Jagalah Kebersihan”

gempak
Mya Amri
22/07/2021
09:27 MYT
Sponsor Banner
Cef Wan Kecewa Sikap Jiran – “Siput-Siput Babi Dalam Semak, Ni Belum Masuk Ular, Jagalah Kebersihan”
Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Cef Wan kecewa dengan sikap sambal lewa jirannya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Cef Wan memaklumkan sikap jiran yang acuh tidak acuh menjaga kebersihan rumahnya mendatangkan rasa kurang senang penghuni di kawasan perumahan mereka.
“Ia menyedihkan apabila melihat setiap hari bagaimana keadaan rumah jiran anda. Sakit mata! Sementara jiran yang lain bekerja keras untuk menjaga kebersihan dan kemas rumah mereka, kita dan yang lain pula dapat jiran yang bukan sahaja tidak duduk di sini tetapi beli rumah-rumah ini untuk pelaburan mereka nak di jual balik.
“Jika nak buat duit sekali pun harta tu jaga lah baik-baik jangan sampai menyusahkan orang lain yang mana siput-siput babi di dalam semak tu semua come crawling to my home. Nyamuk pun! Ini belum ular lagi seperti mana yang pernah dialami oleh beberapa jiran.
“Kita buat aduan kepada penjaga kediaman, setiap kali baru la mereka nak hantar pekerja bangla untuk membersihkannya. Itu pun selepas mereka menghubungi pemiliknya. Dah macam pahat dengan pemukul la pulak,” tulisnya.
Dalam pada itu, Cef Wan juga menyatakan sikap sebegini tidak patut wujud kerana ia boleh menjejaskan nama baik kawasan perumahan mereka.
“Sekali aduan sekali jalan. Macam lah kita tak ada kerja lain. Sikap ini lah yang jatuh kan nilai-nilai kawasan-kawasan rumah kita yang cantik dan terpelihara.
“Hello kau nak buat duit dengan harta ni semua, jaga lah rupa dan kebersihan alam sekitar ini. Sering kali anda melihat mana-mana rumah yang ditinggalkan semak macam ini lah. Menyakit kan mata kita lagi ada.
“Kadang-kadang saya tidak faham sikap sesetengah orang yang tidak mengambil peduli tentang hidup berjiran. Kami yang kena hadap perkara seperti ini, pi tebas ni semua supaya tak melampau semak.
“Jangan ingat semua manusia yang orang kata berada ini ada class lah. Sesetengahnya tiada dan tidak peduli tentang semua itu.
“Saya telah melihat banyak kali orang datang di bawa oleh agen untuk membeli rumah tetapi kerana mahal sangat mereka tak mahu.
“Boleh tak anda bayang tinggalkan rumah kosong selama lapan tahun bila mana ia telah tersedia untuk diduduki. Membazir.
“Ramai orang nak beli rumah pun tak mampu. Yang ada berlebih pulak tu tak reti nak menjaga harta mereka dengan baik.
“This is life that the world is also full of people who are inconsiderate. Instead kita pulak nak menanggung sakit mata dan hati melihat situation semak dan samun ini,” coretnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live