Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cekik Jiran Sampai Mati Sebab Tak Tolong Muat Turun Game

Maliah Surip
14/10/2023 14:50 MYT
Hanya kerana bengang permintaan sang anak mahu memuat turun permainan video (game) di telefon bimbit, seorang lelaki bertindak di luar kewarasan sehingga membuat satu nyawa melayang.

Lelaki yang dikenali sebagai JJA dilaporkan telah mencekiki jirannya, RAS, 52, sehingga mati.

Hakikatnya, baik JJA mahupun RAS, kedua-duanya ‘bergaduh’ bagi pihak anak dan anak saudara mereka. Kejadian berlaku di Depok, Jawa Barat, Indonesia.

Menurut kronologi kes, JJA, 45, mencekik RAS selepas tidak berpuas hati kerana anak saudara jirannya itu menolak untuk memuat turun game di telefon bimbit atas alasan akan memakan data yang besar.

“Anak saudara RAS telah bermain dengan anak saudara JJA sebelum dia meminta untuk memuat turun game di telefon bimbit. Namun permintaannya ditolak kerana ia (muat turun game) akan memakan data yang besar dan membuat JJA marah,” ujar saksi seperti dilaporkan Detik.com.

Jadi JJA telah datang ke rumah RAS dan mencekik anak saudaranya sebelum diselamatkan mangsa. JJA yang masih tidak berpuas hati mencekik dan menolak RAS ke dinding sebelum lelaki itu mengalami sesak nafas.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital namun meninggal dunia.

BACA:

#Indonesia #Cekik