"Celah Mana Pula Yahudi Dajjal Ni, Takkan Aku Niat Nak Jadi Dajjal Yahudi" - Bazli Unic
Rozaimi Zubaidi
24/08/2018 03:26 MYT
24/08/2018 03:26 MYT
Anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa #DeleAlliChallenge merupakan simbul kepada dajjal.
Menurut Bazli, apa yang dilakukan itu hanyalah sekadar pergerakan jari dan tidak membawa apa-apa maksud seperti yang tular di media sosial.
"Ini jari trick saja. Celah mana pulak yahudi dajjal ni adoi. Takkan la aku niat nak jadi dajjal yahudi wei.
"Aku pun tahu la. K la. Anggap jari tu aku ubah letak kt pipi bukan kat mata," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Namun perbuatan yang dilakukan oleh Bazli itu ternyata mendapat kritikan netizen dan mereka berharap dia lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara yang boleh merosakkan namanya sebagai penyanyi nasyid.
"@queen.nahl: Ya allah.. fitnah dajjal tu real. Dia datang dalam bentuk yang kita tak sedar. Bangkitlah wahai umat muhammad. Kalau tak percaya dajjal tu akan datang dalam waktu terdekat, percaya lah bahawa kita semua dah diingatkan pasal benda ni sejak zaman nabi. Nauzubillahi minzalik".
"@siti81_saibiyahoo.com.my: @bazliunic diharap anda delete entry ni sebelum semua umat islam yang scroll entri ni bercakaran. Semua nak up semua nak menang. Last-last gaduh mana satu betul mana satu salah. Baik delete je".
"@haadi91: @bazliunic tu simbol illuminati ustaz. Memang tak ada niat ke arah situ. Macam kita buat simbol jari tengah kat org lain".
"@adamalphard0: Kalau macam tu boleh lah ye kita tunjuk jari tengah dekat orang ramai. Bukan kah itu hanya trick jari? Haha sama je konsep dua benda ni. Memang sekadar trick jari tapi ia merupakan simbol kepada benda yang tidak baik. Sekadar pendapat".
Sebelum ini, tular di media sosial penggunaan #DeleAlliChallege iaitu membengkokkan jari dan tangan yang diletakkan di mata.
Untuk rekod, #DeleAlliChallenge adalah inspirasi daripada seorang pemain bola sepak dari pasukan Tottenham, Dele apabila dia berjaya menjaringkan gol dan mula bergambar bersama peminat dengan gaya sedemikian.