Hiburan

Celepets Care Sasar Bantu Wanita Kurang Kemampuan

gempak
Asraf Aided
11/06/2020
11:13 MYT
Sponsor Banner
Celepets Care Sasar Bantu Wanita Kurang Kemampuan
Selepas usaha membantu golongan ibu tunggal yang terkesan akibat wabak Covid-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lalu mendapat sokongan ramai, 7 barisan selebriti popular, Celepets kini mengorak langkah setapak lagi.
Celepets yang dianggotai Sazzy Falak, Aishah Sinclair, Daphne Iking, Dynas Mokhtar, Serena C, Yasmin Hani dan Atilia Haron kini menubuhkan pula Celepets Care iaitu platform bagi membantu golongan wanita yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Bersama misi Membantu Wanita Kurang Mampu dengan Keluarga Yang Bergantung atau Helping Marginalized Women with Dependent Families, 7 selebriti prihatin ini berharap agar Celepets Care berupaya dapat mengurangkan beban golongan wanita yang kurang berkemampuan.
Menurut Dynas, kriteria bagi semua penerima sumbangan akan ditapis dengan teliti untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima bantuan.
"Kriteria bagi setiap penerima sumbangan akan ditapis oleh pihak kami satu per satu dengan teliti.
"Perkara ini harus kami lakukan untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima sumbangan," katanya dalam sidang media online yang diadakan sebentar tadi.
Dalam pada itu, Atilia pula mengatakan Celepets Care akan lebih memberi perhatian kepada peniaga Industri Kecil Sederhana atau SME.
"Kami semua bersyukur dan gembira kerana buat julung kalinya, kami telah laksanakan misi untuk membantu mereka yang memerlukan.
"Apa yang istimewa dalam misi kami kali ini, kami membuka peluang dan mempromosikan perniagaan SME menerusi pelbagai platform," ujarnya.
Turut serta dalam sidang media secara virtual itu adalah semua anggota Celepets yang lain.
Untuk makluman, Celepets Care telah memulakan sesi kutipan sumbangan dan penajaan daripada syarikat korporat serta individu perseorangan sejak 20 Mei 2020, dan akan berakhir pada 30 Julai 2020.
Semua jumlah kutipan sumbangan yang terkumpul kemudiannya akan dibahagikan kepada golongan wanita kurang berkemampuan pada 15 Ogos 2020.
Usaha murni mereka itu turut mendapat sokongan daripada Kita Fund yang bertindak sebagai platform bagi menempatkan setiap sumbangan yang bakal diberikan kepada penerima.
Selain itu, Celepets Care turut mendapat kerjasama baik daripada Ministry Of Marketing.Asia yang menyediakan program khusus Power To Empower Product & Brand Awareness Show: SME Edition bagi melancarkan perjalanan usaha murni ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live