HIBURAN

Cemas Anak Sulung Ada Kahak, Intan Najuwa Bergegas Bawa ke Hospital - “Doktor Memeriksa Luna Beberapa Kali Supaya…”

Asyraf Roslan 07/02/2025 | 06:55 MYT

Pelakon, Intan Najuwa akui panik ketika pembantunya memberitahu bahawa anak sulungnya mempunyai kahak untuk beberapa hari.

Dalam satu perkongsian di Instagram Story, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid terus mengesa semua orang untuk membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan.

“Tiga hari lepas, pengasuh memberitahu kemungkinan Luna ada kahak sikit.

“Disebabkan itu, saya meminta semua orang untuk bersiap sedia dan bergegas ke wad kecemasan untuk memeriksa keadaan Luna,” katanya.

Pada masa sama, pelakon drama Jodohku Babysitter itu turut berkongsi dimana doktor membuat pemeriksaan keatas Luna lebih daripada sekali bagi memberikan ketenangan kepadanya.
Hasil pemeriksaan mendapati Luna atau nama penuhnya Imane Lunara dalam keadaan baik.
“Saya bercakap tanpa henti di hospital dan doktor juga memeriksa Luna beberapa kali supaya saya boleh tenang.Tapi rupanya, semuanya baik-baik sahaja. Saya yang drama queen.

“Maaf Lunara, tak pasal-pasal kena bawa ke wad kecemasan. Nak tidur pun kena kacau, kesian dia,” kongsi Intan.

Sekadar info, Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023.
Selepas setahun mendirikan rumah tangga, Intan dan Ahmad telah dikurniakan cahaya mata pertama, Imane Lunara pada 15 Disember 2024.

#Anak #Intan Najuwa #Cemas #Kahak