Berita
“Cemburu & Curiga Pada Suami Itu…”- Faralyna Idris Akui Lama Tak Jumpa Suami
Pelakon Faralyna Idris akui sudah lama tidak berjumpa dengan suaminya, Muhammad Fikri Abdullah yang keluar atas tuntutan kerja.
Namun Farlyna berkata dia bersabar menanti kepulangan suaminya kerana percaya suaminya sedang mencari rezeki buat keluarga.
“Kami lama tak jumpa, tak borak, tak makan sama-sama. Bila time Ayah kerja, Bonda tak suka kacau.
Walaupun tangan ni gatal je nak call dia setiap masa. Bila ada benda nak cakap, nak minta tolong, Bonda whatsapp je.
“Kalau penting, Bonda minta Ayah segerakan reply. Kalau tak, Bonda tunggu je bila bila Ayah nak reply. Kadang tak reply pon, sampai lah keesokkan harinye kita tu haha. Ini kalau time bercinta dulu, ha siap. Ha siap lah kau tak reply kan! Hahaha.
“Bila suami kita keluar rumah cari rezeki, kita perlu buat apa? Kita perlu relakan dengan hati yang ikhlas dan redha, doakan dia, percaya dia, sokong dia. Cukup sampai situ. Yang lain kita serahkan pada Allah SWT, sebab itu bukan kerja kita,” tulisnya.
Faralyna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menurut Faralyna lagi, sebagai isteri perlu berfikir positif terhadap suami mesikupun norma akan timbul rasa cemburu dan curiga apabila suami keluar bekerja.
“Jangan overthinking please. Tak baik untuk diri kita, tak elok untuk suami kita, tak bagus untuk relationship suami isteri.
“Cemburu dan curiga pada suami itu kan mcm bait-bait cinta supaya suami rasa dicintai dan ada orang pedulikan diri dia.
“Tapi, cemburu dan curiga yang berlebihan tu salah, sambil mula ada fikir yang bukan bukan tu kan. Ha, awas! Buruk sangka pada suami itukan berdosa. Betul tak adik? @uncle_ustaz kalau salah minta betulkan.
“Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan kita okay?” katanya lagi.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Fikri pada Disember 2014.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Fira Anggun, 5, dan Fira Ayu, 2 tahun.
Must-Watch Video