Filem ‘My Stupid Boss’(2016) kembali dengan sekualnya, ‘My Stupid Boss 2’ yang telah pun berada di pawagam seluruh Indonesia pada 28 Mac yang lalu.


Sekual yang masih dilakonkan oleh Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Alex Abad, Atikah Suhaime, dan Chew Kin Wah ini turut menampilkan Iedil Putra bagi menggantikan Bront Palarae dalam filem terdahulu.

Memetik komen Iedil Putra di laman Instagramnya, dia memberitahu filem ini akan masuk ke pawagam Malaysia pada bulan Ogos ini.

'My Stupid Boss 2' menceritakan kisah pekerja yang bekerja di syarikat Bossman (Reza Rahadian) sudah tidak tahan lagi dengan kelakuannya yang teruk.



Oleh kerana itu, Bossman dan Diana atau Kerani (Bunga Citra Lestari) berniat untuk mencari pekerja baru di Vietnam. Pekerja dah dapat, mereka pula ditimpa masalah demi masalah berpunca daripada karenah Bossman.

Menjalani penggambaran berlokasi di Jakarta dan daerah pedalaman Ha Giang dan Ninh Binh di Vietnam, filem ini masih mendapat sentuhan penulis dan sutradara yang sama iaitu Upi Avianto.