,
Hiburan

Cemerlang SPM 7A, Wani Belum Plan Sambung Belajar

Amri Hassan
19/03/2018
04:04 MYT
Penyanyi muda, Wani Kayrie yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini belum merancang untuk menyambung pengajian dalam waktu terdekat.
Kata Wani, 18, dia ingin memberikan fokus semula dalam bidang nyanyian selepas menyepi kerana memberikan ruang untuk pelajaran.
"Dua bulan saya berehat daripada sebarang persembahan nyanyian atau acara hiburan, jadi perancangan saya untuk kembali fokus dalam dunia seni.
"Saya memang mahu sambung belajar dalam bidang yang saya minati iaitu perakaunan dan perniagaan namun belum putuskan lagi bilakah waktunya.
"Memang saya mendapat banyak tawaran daripada pelbagai kolej selepas keputusan SPM diumumkan minggu lalu, insya-Allah suatu hari nanti saya akan sambung," katanya kepada Astro Gempak.
Wani ditemui pada majlis sambutan hari jadinya ke-18 bersama keluarga dan kelab peminat di Hotel Midah, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Majlis yang dihadiri oleh 150 orang tetamu itu turut dihadiri rakan artis antaranya Farah Hazel, Sweet Qismina, Sarah Fazny dan kumpulan Xpose.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @wanikayrie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Hiburan

"Fattah Amin Bukan Saja Selebriti Dihormati Tapi Bersemangat Beri Inspirasi Generasi Muda" - Cikgu Fana PTTI

gempak
22/10/2024
13:50 MYT
Pelakon terkenal Fattah Amin melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi terbaharunya bersama pusat tuisyen terkemuka, PTTI dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
BorakSeeni