Cendawan Ke K-Pop, Gaya Rambut Arrian Sebelum Mula Bersekolah Bikin Netizen Melting!

Amri Hassan
Disember 24, 2018 08:00 MYT
Lagi seminggu bakal memulakan sesi persekolahan, ibu bapa pastinya kini sibuk menyediakan kelengkapan buat anak masing-masing.
Sama seperti anak penyanyi Tomok, Arrianshah Akid, 6, juga melalui 'transformasi' oleh bapanya sebelum mula bersekolah tidak lama lagi.
Daripada berambut panjang, Arrian kini disifatkan netizen 'lebih kacak' dengan gaya terbaharu potongan sisi.
"Agak sukar melepaskan... Tapi itulah yang harus dihadapi... He’s grown up already, cepat betul masa berlalu rasa macam baru semalam bersalinkan Arrian.
"From long curly hair to mushroom hair to k-pop hair, bukan apa dibu kan peminat cerita Korea since mengandung Arrian, so style anak pun ala-ala k-pop la," tulis isteri Tomok, Rahayu Abbas di Instagramnya.
Malah, Ayu turut melayangkan doa buat anak sulungnya yang bakal menempuhi alam persekolahan.
"Semoga Arrian menjadi anak yang lebih matang, lebih bertuah, lebih sihat, lebih bijak, lebih soleh, lebih berdikari dan lebih dalam segala-galanya.
"Belajar rajin-rajin nak...dibu doakan Arrian dan Andra sentiasa diperluaskan pintu rezeki, dilapangkan dada untuk menimba ilmu dan dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat," tambahnya.
Transformasi Arrian itu mendapat pujian daripada netizen hingga ada yang sanggup menjodohkan anak masing-masing dengan Arrian.
#Anak #Tomok #Arrianshah Akid