Kehadiran Elly Mazlein sebagai Presiden Netizen pada konsert keempat Big Stage 2020 (BS2020) berjaya meraih pujian penonton di dewan serta wargamaya di laman sosial.

Menurut Elly atau pun lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom, dia berterima kasih kepada Astro dan produksi BS2020 kerana memberi kepercayaan padanya untuk mewakili suara netizen.

“Saya enjoy jadi presiden netizen ni. Saya akui suara saya tidaklah berapa bagus tapi saya ada telinga. Saya tahu yang mana yang okay, yang mana tidak,” jelas Kak Lina kepada Gempak.

Elly ditemui selepas konsert keempat BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, untuk meletakkan Kak Lina sebagai presiden netizen tetap telah ada dalam perancangannya.

“Semuanya terpulang pada jadual Kak Lina sama ada dia kosong dan kalau dia pun sudi, kita ada perancangan untuk perkara itu,” jelasnya lagi.

Meninjau ke ruangan Twitter, rata-rata wargamaya memberikan komen yang positif terhadap kemunculan Kak Lina pada konsert kali ini.

“Mungkin pendapat saya tak sama macam korang tapi for me Kak Lina PomPom sebagai presiden netizen is a very good choice! She really give a vibe doo!” puji seorang wargamaya.

“Boleh tak Astro lantik Kak Lina Pom Pom sebagai presiden netizen yang tetaP? Dia nampak perfect dengan job tu,” kata seorang wargamaya.

“Kak Lina president netizen paling function setakat ni LOL,” komen seorang wargamaya.

“Astro patut kekalkan kak lina sebagai presiden netizen. Kelakar setiap masa. Could feel the hype!” tulis seorang wargamaya lagi.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.