BERITA

CEO Batu Ditahan Polis

Gempak 23/05/2025 | 08:30 MYT

Pempengaruh dikenali CEO Batu sudah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun.

Difahamkan, lelaki berusia 22 tahun terbabit hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada Khamis.

Lelaki itu ditahan reman pada Jumaat, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Ya, kami dah siasat," katanya.
Terdahulu, CEO Batu dihentam teruk selepas penyanyi dan pempengaruh, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej yang didakwa berbaur lucah dihantarnya kepada remaja bawah umur.

Menerusi beberapa hantaran Caprice di 'feed' dan Instagram Story, dia dihubungi ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pempengaruh itu.

Antara tangkap layar dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar tidak senonoh dihantar oleh CEO Batu kepada anak wanita itu, kononnya dengan niat menunjukkan parut kesan pembedahan.

Selain itu, CEO Batu turut mengirimkan satu lagi mesej memohon maaf kepada ibu remaja itu dan ingin berjumpa bagi menyelesaikan isu itu.

Sumber: Harian Metro

#Polis #Caprice #Pempengaruh #CEO Batu