Hiburan
“Cepat Lah Sembuh” - Rindu Tapi Kim Jong Kook Tetap Throwback Foto Hodoh Lee Kwang Soo
Penyanyi dan anggota Running Man, Kim Jong Kook akui merindui kehadiran Lee Kwang Soo dalam program tersebut.
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Jong Kook mendoakan agar Kwang Soo cepat sembuh selepas menjalani pembedahan kerana cedera akibat kemalangan.
Entri tersebut juga turut disertakan dengan swafoto Jong Kook bersama Kwang Soo.
“Kwang Soo, cepatlah sembuh dan kembali kepada kami. Semoga kembali sihat! Rindu awak adikku!” tulisnya.
Bagaimanapun foto tersebut menarik perhatian peminat kerana merakamkan wajah Kwang Soo yang diselaputi kek.
Menerusi ruangan komen selain meninggalkan doa dan kata-kata semangat, peminat Running Man juga geli hati melihat foto tersebut.
“Hahaha, tapi kamu selalu buli dia dan sekarang anda merindui Kwang Soo. Semoga cepat sembuh ya Kwang Soo,” komen @juraaril
“Running Man tanpa Kwang Soo boleh diibaratkan seperti makan ramen tanpa kimchi,” tulis @msyodd
Terdahulu, Kwang Soo dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 15 Februari lalu.
Akibat insiden berkenaan, Kwang Soo disahkan mengalami patah di bahagian pergelangan kaki kanannya.
Susulan kemalangan yang menimpa, agensinya telah merehatkan sementara segala aktiviti seni Kwang Soo termasuk rakaman bersama program Running Man.