"Cepatnya Kurus!"- Peminat Kagum Zizie Izette Kembali Langsing Selepas Berpantang

Syafiqah Jalal
Februari 26, 2018 04:55 MYT
Peminat kagum melihat pelakon Zizie Izette kembali langsing selepas tamat tempoh berpantang dan melahirkan anak kembarnya pada 30 Disember lalu.
Foto Zizie Izette terbaharu yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) peribadinya mendapat perhatian peminat.
Zizie yang memakai baju kurung moden hijau itu menunjukkan bentuk badannya kini yang ramping.
Foto itu dimuat naik semalam sebelum dia menghadiri majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura.
Berikut merupakan beberapa komen peminat yang kagum dengan bentuk badannya itu:
"Wah sekejap sahaja ramping balik.
"Cantiknya...cepatnya kurus!
"Tolong kongsi tip kurus," tulis sebahagian pengikut IG.
Zizie melahirkan bayi kembar lelaki secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.
Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.
Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia tiga tahun.
Foto: Instagram Zizie Izette
Oleh: Syafiqah Jalal
#Kembar #Kurus #Zizie Izette #Berpantang