Laman Utama

“Cerai Ni Tidak Sah, I Akan Take Legal Action” - Ah Moi Update Kes Suami Curang, Diam Tak Bermaksud Lemah!

gempak
Mya Amri
02/05/2023
03:54 MYT
Sponsor Banner
“Cerai Ni Tidak Sah, I Akan Take Legal Action” - Ah Moi Update Kes Suami Curang, Diam Tak Bermaksud Lemah!
Pempengaruh media sosial, Shermine Ah Moi memberikan perkembangan terbaharu mengenai kes curang berkaitan suaminya, View Chin dan pekerja bernama Mira.
Menurut Shermine atau lebih mesra dengan panggilan Ah Moi, atas nasihat peguam dia tidak akan mendedahkan bukti di media sosial sebaliknya segalanya diserahkan kepada pihak mahkamah.
“Netizen tanya saya dah tak ada bukti nak dedah ke? Ya, semua bukti tu akan tunjuk dekat mahkamah nanti, jadi peguam cakap jangan post lagi di social media.
“Yang netizen side VC tu yang cakap kita dah cerai suruh saya move on jangan kacau dia dua orang lagi.
“Korang better jelas something, siapa yang kacau saya dan anak-anak dulu? Biadap betul,” maklumnya di akaun Facebook. Ah Moi juga mendakwa bahawa penceraian mereka tidak sah dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan tersebut.
“Cerai ini tidak sah, saya akan ambil tindakan undang-undang kepada dia dua orang, jadi cerai punya fasal korang better ambil perhatian dengan ayat korang!
“Sekarang saya ambil tindakan undang-undang untuk selesaikannya, saya diam bukan maksud saya lemah tau!
“Kepada netizen yang cakap ni marketing, pekerja saya kiss bos dia ini kira marketing ke? Saya tak akan buat marketing dengan cara ni ok!” tegasnya.
Jelas Ah Moi lagi, walaupun rumah tangganya bermasalah namun dia tidak menghalang View Chin bertemu dengan anak-anak yang rindukan bapa mereka.
“Walaupun saya dengan VC dah macam ni, dia tetap ayah anak-anak saya, disebabkan anak-anak rindu ayah dia.
“Jadi saya pun sudah bagi anak-anak jumpa dia. Apa masalah dewasa bagi kita sendiri selesaikan tapi anak-anak, dia orang tak tahu pun apa yang tengah berlaku.
“Jadi bagi ruang dekat anak-anak saya, jangan susahkan dia orang. Sebab akan masuk sekolah dah. Jangan ambil gambar kita tanpa pengetahuan.
“Saya dah bangkit sebab kena hidup seterusnya untuk anak-anak. Hati yang tersakiti, saya tak boleh buat apa.
“Move on bukan begitu senang, tapi kena focus kerja sibuk untuk lupa masalah semua ni kan?
“Semuanya sudah pass kepada peguam untuk selesaikan. Sekarang bagi saya selesaikan hidup saya dulu. Sabar eh,” maklumnya.
BACA: “Rumah Kosong, Seller Mahu Duit Dipulangkan” - View Chin Mohon Maaf, Akui Isu Curang Buat Perniagaan Terjejas
BACA: “Hubungan Mula Lepas Mereka Bercerai” - Mira Mohon Maaf Pada Ah Moi, Perjelas Hubungan Dengan View Chin
Terdahulu, nama View Chin hangat diperkatakan netizen selepas isterinya, Shermine Ah Moi mendakwa bahawa dia berlaku curang dengan pekerjanya sendiri iaitu wanita bernama Mira.
Tidak cukup dengan itu, Ah Moi juga turut mendedahkan beberapa bukti di media sosial miliknya
Ah Moi juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap View Chin atas tuduhan curang yang dilemparkan kepadanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live