Pencetus Ummah PU Rahmat mendedahkan program ceramahnya hampir dibatalkan kerana kontroversi Da’i yang melanda Da’i Farhan.

PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan berkongsi perkara itu menerusi posting terbarunya di akaun Twitter.

Menurut PU Rahmat, kejadian itu berlaku apabila ada pihak yang mengalami kekeliruan antara dirinya dan juga Da’i Farhan.


“Ceramah saya hampir di cancelkan hanya kerana HR department ingatkan saya Dai Farhan. Hahahahahahaha nasiblah badan. Sebelum ni kena marah dengan mak cik Petrol pump pasal PU Abu,” tulisnya.

BACA: "Allah Dah Tetapkan Kita Nikah Tarikh Itu" - Da'i Farhan Jawab Sebab Madukan Isteri Pertama Sedang Sarat Hamil

BACA: [VIDEO] "Ini Perkahwinan Ketiga Saya" - Isteri Baru Da'i Farhan Buka Cerita, Dedah Cinta Tiga Hari Di Makkah!

Dalam pada itu, PU Rahmat berharap agar nama baik golongan pendakwa dijaga kerana mereka juga dikenali masyarakat.



“Harapnya tak da lah yang tumbuk saya pastu jerit “Siapa suruh zalimi wanita! “Tolonglah jangan kerana nila setitik rosak PU sebelanga,” tulisnya.

Terdahulu, tular kisah peribadi Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.