Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Cerita Ni Sempoi Ja, Mesti Akan Gelak”- Wow! Fasha Sanda Puji Mael Totey The Movie?

Hanafis Haris
03/11/2020 00:45 MYT
Filem arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) bukan saja telah menarik minat penonton biasa, malah baru-baru ini turut mencuri perhattian pelakon jelita Fasha Sanda.

Menerusi satu posting terbaru di Instagram, Fasha memuat naik sebuah video memaparkan situasi dia dan keluarga sedang menonton filem MTTM.

Menurut Fasha, dia terhibur apabila menonton filem berkenaan yang cukup padat dengan lawak komedi.

Selayaknya mendapat review secara percuma, sebab sis terhibur tengok MTTM.

“Masih di Astro First siapa belum tengok, tengoklah.

“Insyaallah boleh buat kita ketawa tengok cerita cerita ni sempoi ja. Sapa paham bahasa kelantan, mesti akan gelak.

Good job team,” katanya.

Selayaknya mendapat review secara percuma, sebab sis terhibur tengok #maeltotey Masih di Astro First Siapa belum tengok, tengoklah. Insyaallah boleh buat kita ketawa tengok cerita cerita ni sempoi ja... sapa paham bahasa kelantan, mesti akan gelak. Good job team. I taktau IG depa apa, sapa tau pls tag them ❤️❤️❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Rata-rata pengikut Fasha memuji tindakan murni aktres tersebut kerana sudi berkongsi ulasan dan menyokong hasil karya anak muda.

Malah, kebanyakan peminatnya menyatakan mereka telah menonton MTTM lebih daripada sekali. Hebat!

Anda boleh lihat antara komen dan respon tersebut di bawah.

Pada yang tidak tahu, MTTM merupakan karya sulung Syahmi dalam bentuk filem.

Selain Syahmi sebagai watak utama, MTTM masih mengekalkan bintang YouTube iaitu Asif dan Yoe Parey.

Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

#Filem #Filem #Mael Totey #MTTM