Hiburan

Cermin Kereta Zarina Anjoulie Pecah, "Orang Mesin Rumput Dekat Lebuhraya PLUS ..."

gempak
Zulaikha Yusof
02/11/2020
01:15 MYT
Sponsor Banner
Cermin Kereta Zarina Anjoulie Pecah, "Orang Mesin Rumput Dekat Lebuhraya PLUS ..."
Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan cermin kereta pada bahagian penumpang pecah ketika melalui kawasan orang sedang memotong rumput.
Menurut Zarina, 33, kejadian yang berlaku di Lebuhraya PLUS itu tidak mengundang sebarang kecederaan.
"Kalau korang lalu lebuhraya, baik-baik. Buat orang yang suka hisap rokok lepas tu turunkan tingkap, sangat bahaya.
"Ni saya kena, tak buka pun tingkap. Orang mesin rumput dekat Lebuhraya PLUS, habis kat sini (tunjuk bahagian pecah).
"Kau nak claim dari sana memang sampai mati tak dapat. Harapan la.
"Saya diselamatkan sebab tinted. Kalau tak, pecah muka. Jadi hati-hati la ya," katanya.
Perkongsian itu dibuat dengan memuat naik sebuah rakaman video berdurasi 38 saat pada Ahad lalu.
A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut menyatakan tuntutan boleh dibuat di pejabat PLUS.
"@fukadacheiko: Anju,boleh calim kat PLUS. Memang depa setiap pekerja PLUS dah disediakan insurance untuk buat kerja-kerja, memang cover kalau kena kerete pengguna.
"@ieeja: Anju claim dekat lebuhraya tu. Terus report kat pejabat dorang.
"@nramielia_: Boleh claim Anju, kena report dulu lepas tu depa akan bayar, sebab kereta jiran saya pernah kena.
"@azie.haslinda: Boleh claim dengan lebuhraya PLUS," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live