Cha Cha Maembog Kembali Bercinta Dengan Kekasih Lama?

Asraf Aided
September 27, 2018 11:58 MYT
Pelakon Cha Cha Maembong atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail pernah menjalinkan percintaan bersama lelaki Borneo yang dikenali sebagai Leslie sebelum ini.
Namun begitu, mereka pernah memutuskan hubungan dan membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Terbaru, menerusi entri di Instagram, Leslie telah berkongsi fotonya mencium pipi Cha Cha berserta kapsyen yang memberitahu mereka telah kembali bercinta.
"Kami sedang buka kisah baru, sebelum ini kami berdua telah cuba untuk 'move on' tetapi gagal, mari bina semula hubungan ini dan hidup bersama," tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Leslie memberikan respon positif terhadap perkara tersebut.
Namun begitu, Leslie memilih untuk menutup ruangan komen beberapa jam selepas itu.
#Cha Cha