Hiburan

Chaan Dedah Sifat Rendah Diri Siti Nurhaliza - “Dia Punya Humble Tu… Terlalu Humble”

gempak
Izwan Isa
30/12/2023
13:55 MYT
Sponsor Banner
Chaan Dedah Sifat Rendah Diri Siti Nurhaliza - “Dia Punya Humble Tu… Terlalu Humble”
Pemuzik Chaan mendedahkan sifat rendah diri yang ada pada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi temu bual bersama Maskulin, Chaan berkata, sungguhpun Siti sudah berada dalam liganya tersendiri, namun, sifat rendah diri dalam diri penyanyi itu masih menebal.
“Dia tak pernah berubah. Even sampai sekarang pun dia layan saya ni macam dia tak tahu apa.
“Padahal dia dah Tok Ti dah. Dia dah nombor satu dah. Saya pun last last macam alah… Macam baiknya lah dia,” katanya.
Berpeluang berkerja dengan Siti untuk album SITISM, Chaan memberitahu yang Siti sentiasa cuba untuk buatkan orang di sekeliling berasa selesa dengannya.
“Alhamdulillah saya dapat peluang bekerja dengan dia untuk album baharu, SITISM. Dia sangat baik. Saya tahu dia cuba bagi kita rasa selesa. Dia buat macam: ‘Chaan betul ke Siti menyanyi?’ Saya pula nak jawab: ‘Betul betul takkan tak betul.’
“Tapi kalau tak betul kita bagitau lah. Tapi dia punya humble tu… terlalu humble. Dia penyanyi nombor 1 negara. Saya dah bekerja dengan banyak artis tapi saya rasa dia yang paling humble,” katanya lagi.
Sumber: Instagram The SNG Official
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live