Anggota kumpulan iKon, Chanwoo dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya selepas terjatuh.

Menurut laporan Koreaboo, Chanwoo mengalami kecederaan semasa menjalani penggambaran muzik video terbaharu kumpulan itu.

"Pihak pengurusan YG Entertainment telah membawa Chanwoo ke hospital dengan segera dan menghentikan penggambaran muzik video tersebut.

"Kecederaan yang dialami Chanwoo tidak begitu serius namun dia perlu rehat yang cukup untuk memastikan kakinya itu segera sembuh.

"Chanwoo perlu pulih sepenuhnya sebelum bermulanya konsert kemunculan semula mereka di Yokohama Arena Dome dalam masa terdekat ini," kata pihak pengurusan YG Entertainment.

Malah menerusi kenyataan itu, YG Entertainment tidak berhasrat membatalkan konsert berkenaan dan berharap agar Chanwoo dapat pulih serta kembali sihat seperti sediakala.