gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: “Doktor Cakap Tekak Saya Tengah…” - Rizal Rashid
HIBURAN
Ada Pertalian Darah Dengan Da’i Syed Bukan ‘Tiket’ Untuk Syed Iqbal Tumpang Populariti - “Kalau Orang Tahu Pun, Tetap…”
HIBURAN
Wawa Zainal Sedih Anak Menangis Kek Batik Dikritik - “Saya Sanggup Tebalkan Muka…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Charly Benarkan Semua Penyanyi Nyanyi Lagu Tanpa Bayar Royalti - “Tak Perlu Ada Pertengkaran…”

gempak
Umirah Halim
10/06/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Charly Benarkan Semua Penyanyi Nyanyi Lagu Tanpa Bayar Royalti - “Tak Perlu Ada Pertengkaran…”
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Charly membuat keputusan mengejutkan apabila membenarkan semua penyanyi menyanyikan lagu-lagu ciptaannya tanpa perlu membayar royalti.
Menurut Charly atau nama sebenarnya Charly Van Houten, 44, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang pertikaian berkaitan hak cipta.
View this post on Instagram
A post shared by CRL.Vanhoutten (@charly_setiaku)
“Salam damai… Tak perlu ada pertengkaran. Semua boleh dibicarakan tanpa mengedepankan tuntutan, kerana hakikatnya semua milik Tuhan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Dalam kenyataan sama, vokalis Setia Band itu juga berkata semua karya lagu miliknya boleh dinyanyikan secara terbuka, sama ada di atas pentas persembahan mahupun dalam suasana santai bersama rakan-rakan.
“Daripada pening kepala… Saya, Charly VHT, membebaskan semua teman-teman penyanyi di seluruh Indonesia, mahupun penyanyi dunia dan akhirat, bebas menyanyikan seluruh karya lagu saya.
“Di pentas mahupun di tongkrongan (tempat lepak), tidak wajib bayar royalti. Salam damai,” katanya.
Topic Berkaitan
#Band
#Charly
#ST12
#Royalti
#'setia
Must-Watch Video