Chayra Auliya, Nama Anak Kedua Haziq Hussni

Rozaimi Zubaidi
September 7, 2018 06:50 MYT
Pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni dan isteri, Ayunda Putri telah memilih Chayra Auliya sebagai nama anak kedua mereka.
Perkara itu dikongsikan oleh Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.
"Bismillah. Perkenalkan buah hati kedua kami CHAYRA AULIYA BINTI MUHAMMAD HAZIQ IRFAN.
"Sebutan dia “Kai - Ra - Au - Li - Ya," tulisnya.
Pengumuman nama anak Haziq itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Chayra Auliya.
Putri selamat melahirkan anak kedua mereka itu pada 30 Ogos lalu pada pukul 5.34 petang.
Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan sudah dikurniakan cahaya mata sebelum ini, Muhamad Heidy Nufael yang berusia setahun.
#Penyampai radio #Pengacara #Haziq Hussni