Niat personaliti masakan YouTube, Che Nom untuk berkongsi tips untuk mengatasi depresi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang rasa jelik segelintir pengguna media sosial khususnya Twitter.

Che Nom tampil menasihati pengguna agar mengikuti mempelajari bidang baharu selain mendapatkan tidur yang cukup dan bersenam.

"Ambil peluang total lockdown ni untuk belajar sesuatu yang baru, signup for online class seperti Udemy, Linkedin Learning & Audible.

"Set objectives, timeline and challenge yourself. Objective, Learning & Challenges is proven to reduce depression.

"Tidur secukupnya, kalau boleh senaman diluar rumah, walking, running & exercise proven to combat depression as well," ciapnya.

Bagaimanapun, ada antara pengguna media sosial yang menganggap perkongsian itu tidak kena pada masa.

"Faham tapi people are burning out.



"Saya sarankan Che Nom ambil peluang PKP ini untuk belajar empati," tulis sebahagian pengguna.

Namun, ada yang beranggapan kaedah dan tips yang dikongsikan Che Nom bermanfaat serta terbukti berkesan.

Selain mengikuti pelbagai kelas atas talian antaranya kelas bahasa asing dan kursus singkat kulinari, ada juga yang mempertingkatkan kemahiran asas seperti menjahit dan memasak.

Malah, tidak kurang juga yang belajar mempertajamkan skil di dapur menerusi video yang dikongsikan Che Nom.