Pencarian Flavettes Glowing Star menuju ke kemuncaknya apabila Che Norashikin Ahmad Azmi dinobatkan sebagai Gadis Flavettes Glowing Star dalam majlis santai namun cukup meriah bertempat di Oak Hall, Menara OBYU, Damansara Perdana pada 26 Ogos lalu.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd, Leonard Ariff Abdul Shatar dan Gadis Flavettes Glowing Star membawa pulang wang tunai RM5,000 selain kontrak setahun sebagai duta Flavettes Effervescent Glow bernilai RM10,000.
Tuah menyebelahi Che Norashikin yang mendapat undian tinggi di atas talian, selain bijak dan yakin tatkala melontarkan idea-idea bernas ketika menjawab soalan daripada panel juri yang terdiri daripada pihak pengurusan CCM Pharmaceuticals iaitu Ketua Pegawai Strateginya, Wan Amir Jeffery Wan Abdul Majid; Pengurus Pentadbiran Watsons Malaysia, Hamilah Maningrum dan Editor Pegurusan InTrend, Rosie Haslinda Nasir.
Sesi bersama juri diadakan untuk melihat sekilas pandang sejauh mana keupayaan peserta akhir berkomunikasi dan memperlihatkan nilai-nilai jenama Flavettes Effervescent secara berkesan dan membantu membina imej jenama menerusi hubungan dengan orang ramai daripada segenap lapisan.
Gadis ini juga memenuhi kriteria yang dicari-cari oleh pihak CCM Pharmaceuticals untuk bergelar Flavettes Glowing Star – haruslah mencerminkan individu yang lebih sihat, lebih anggun kerana khalayak percaya kecantikan bermula dari dalam.
Flavettes Effervescent Glow mengandungi dos Vitamin C yang tinggi ditambah dengan Vitamin E dan Glutathione untuk mempromosikan kulit yang lebih sihat dan menawan.
Ia juga adalah antioksidan yang kuat untuk menentang radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel-sel sekali gus mempercepatkan penuaan kulit. Manakala Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen.
Sebelum memuktamadkan siapakah Flavettes Glowing Star, terlebih dahulu pihak penganjur memperkenalkan calon-calon Top 5 di pentas akhir dan mereka terdiri daripada Damia Ahmad Shuhaimi, Che Norashikin Ahmad Azmi, Nurul Raidah Md Razali, Nur Lubna Talib dan Siti Aishah Abdul Aziz.
Selain perlu menjawab soalan daripada panel juri, kelima-lima finalis ini turut diberi peluang memperlihatkan bakat masing-masing. Ada yang memilih untuk menyanyi, melukis dan berlakon.
Kemunculan kumpulan trio De Fam yang dianggotai Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana menghangatkan pentas utama pada majlis petang itu. Mereka mempersembahkan tiga buah lagu antaranya Super Girl, sekali gus menyajikan sebuah persembahan yang cukup mantap dan energetik!
“Menerusi kempen Pencarian ‘Flavettes Glowing Star’, kami berhasrat untuk mencari seorang duta yang dapat memperlihatkan nilai jenama Flavettes Effervescent berasaskan prinsip bahawa kecantikan bermula dari dalam dengan diet sihat dan gaya hidup aktif.
"Jika anda rasa bahagia dan sihat di dalam, sudah pasti anda akan rasa lebih gembira kerana hidup anda lebih bermakna. Justeru kami mahu Flavettes Glowing Star diangkat sebagai suri teladan dengan penampilan dan personaliti menarik sehingga dapat menawan hati rakyat Malaysia. Itu bakal membanggakan kami di Kumpulan CCM Duopharma Biotech Berhad selaku pengeluar Flavettes Effervescent Glow.
“Flavettes Effervescent ialah Vitamin C nombor satu untuk orang dewasa di Malaysia sejak Mac tahun ini dan kami percaya Gadis Flavettes Glowing Star akan memperlihatkan sikap positif kepada orang ramai terutama sekali wanita, dan menetapi nilai-nilai yang ditegakkan oleh Flavettes.
"Paling penting, pemenang bertuah akan mendapat pengalaman berharga dan melangkah maju bersama Flavettes Effervescent," kata Leonard Ariff.
Pencarian ‘Flavettes Glowing Star’ dianjurkan dengan kerjasama Astro Gempak dan InTrend yang mana mereka adalah media digital nombor satu dalam kalangan penonton Melayu sebagai rakan media utama dan Watsons Malaysia sebagai rakan runcit.
Kamaruddin Razal
Thu Sep 13 2018
Wanita Ini Terbang Dari Kota Bharu Demi Menonton Sheriff!
Bagi wanita dari Kelantan ini, dia sanggup terbang ke Negeri Sembilan semata-mata mahu menyaksikan filem tersebut.
Pempengaruh TikTok Popular Iran Maut Ditembak Di Hadapan Rumah
Seorang pempengaruh Iran yang cukup terkenal di platform TikTok ditembak mati di hadapan rumahnya, di Baghdad hujung minggu lalu.
Suami Kongsi Gambar Nikah, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Buat Irma Hasmie
Nama pelakon Irma Hasmie tiba-tiba menjadi bualan apabila suaminya, Redza Syah Azmeer memuat naik foto pernikahan bersama seorang wanita.
Sudah Kahwin, Peminat Terkejut Adipati Dolken Tinggal Serumah Dengan Kawan
Pelakon Adipati Dolken mendapat kritikan daripada pengguna media sosial dan peminat selepas mengaku membenarkan dua sahabatnya tingga bersama meski dia sudah berkahwin.
Konflik Min Hee Jin & HYBE, Ini Kronologi Yang Anda Perlu Tahu
Ini ringkasannya
Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP
Apa yang anda perlu tahu mengenai Akaun 3 KWSP
Sheriff: Kini Filem No. 1 Di Malaysia Pada 2024, Sheriff Raih RM31 Juta Sejak Ditayangkan!
Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, Sheriff: Narko Integriti terus mencatat kecemerlangan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM31 juta sepanjangan tayangan, sekali gus muncul sebagai filem nombor satu di Malaysia mengatasi filem antarabangsa lain.
Pihak Polis Siasat Isu Paku Dipacakkan Di Bahu Jalan
Pihak polis sedang menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacakkan di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes.
Hafidz Roshdi Dihina Kerja Sebagai Penghantar Barang? - “Saya Happy Je Kerja…”
Pelakon, Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia berasa senang bekerja sebagai penghantar barangan (rider) di sebuah syarikat penghantar barangan popular.
Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya
Bestnya Melbourne!