Isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Almarhumn Sultan Ismail Petra, Y.A.M Che Puan Sofie memaklumkan mengalami kemalangan kecil ketika berbasikal.

Dedahnya, kemalangan itu berlaku ketika dalam perjalanan ke Starbucks untuk membeli minuman kepadanya dan baginda Tengku Mahkota Kelantan.

"Baru-baru ini saya berbasikal untuk membeli Starbucks untuk suami saya. Malangnya, jatuh dari basikal.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para doktor, paramedik, dan kakitangan di hospital RPZ, dan juga kakitangan istana atas penjagaan dan sokongan mereka yang baik.

"Bahu saya patah namun saya tetapi berasa bersyukur kerana memakai topi keledar. Alhamdulillah," tulisnya di Instagram.

The other day while cycling to buy Starbucks for hubby and me. Unfortunately, fell of the bike. Would like to say a big thank you to the doctors, paramedic, and staff at RPZ hospital, and also the palace staff for their good care and support. Fractured my shoulder but feeling grateful to be wearing a helmet. Alhamdulillah. #cycling #bike #helmet #safetyfirst #keselamatan #starbucks #accident #fracture #staysafe #ambulance #hospital #hubbysupportingwifey #basikal #topikeledar

A post shared by Sofie Louise Johansson (@ljo_) on


Che Puan Sofie menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan sejurus selepas kemalangan.

Rata-rata mengucapkan takziah atas kemalangan yang berlaku dan mendoakannya kembali pulih.

Che Puan Sofie berkahwin dengan Tengku Mahkota Kelantan pada April 2019.